1. Diwajibkan
memakai pakaian rasmi asrama... namun pelajar dibenarkan balik
pakai baju sukan sekiranya ada program sukan dan lain-lain acara, namun pelajar
wajib bawa balik baju rasmi asrama kerana ia akan dipakai pada hari kembali
ke asrama.
2.
Menulis kad pergerakan pelajar asrama hijau/merah dengan butiran yang
diperlukan sebelum balik dan meninggalkan kad tersebut di pondok pengawal
asrama.
3. Pelajar
diminta meletakkan beg pakaian di dewan makan (ASPURA) atau mengumpulkan
beg di bilik rehat (ASPURI) sebelum keluar untuk solat subuh pada hari balik
kampung.
4. Kad
perlu diambil semula di pondok pengawal asrama (ASPURA) dan di kantin
(ASPURI) apabila kembali ke asrama.
5. Perhimpunan
asrama akan diadakan pada hari kembali ke asrama jam 6 petang
di dewan. Pelajar dikehendaki berpakaian rasmi asrama lengkap semasa
perhimpunan tersebut dan membawa bersama kad asrama.
6. Pelajar
yang lewat kembali ke asrama selepas 6 petang , kadnya akan dicop lewat
dan akan dikenakan mata PSP. Asrama akan dikunci selepas pukul 6 petang.
7. Selepas
perhimpunan asrama, pelajar tidak akan dibenarkan masuk ke asrama. .
Pelajar akan makan malam di dewan makan dan terus ke surau utk solat
maghrib,isyak.
8.
Pelajar akan prep dengan pakaian rasmi asrama pada hari kembali ke
asrama.
9.
Pelajar hanya dibenarkan balik rumah selepas solat jumaat (ASPURA) dan 2
petang (ASPURI).
KETUA
WARDEN ASRAMA
SEKOLAH
AGAMA MENENGAH RAWANG
No comments:
Post a Comment