Hubungi kami.......

Hubungi kami....
BLOG ASRAMA : asramasamer.blogspot.com
EMAIL ASRAMA : asramasamer@gmail.com

Friday 24 November 2017

PROSEDUR MEMBUAT RAYUAN MASUK SEMULA KE ASRAMA BAGI PELAJAR YANG TIDAK LAYAK MENDUDUKI ASRAMA BAGI TAHUN 2018

Prosedur Rayuan  

1. Membuat SURAT RAYUAN RASMI kepada Pengetua Sekolah Agama Menengah Rawang.

2. Menyatakan dengan jelas mengapa rayuan perlu diterima oleh  Pengetua.

3. Surat perlu ditandatangani IBUBAPA dan mencatatkan nombor  telefon bimbit ibubapa.

4. Surat rayuan perlu dihantar ke pejabat SAMER pada atau   sebelum 1 Disember 2017 (waktu pejabat sahaja).

5. Surat boleh dihantar sendiri atau diemailkan ke alamat......  asramasamer@gmail.com 

6. Surat yang dihantar selepas 1 DISEMBER 2017 TIDAK AKAN DILAYAN.

7. Surat jawapan rayuan sama ada diterima atau ditolak ,boleh  diambil di pejabat sekolah mulai 20 Disember 2017 (waktu pejabat sahaja).

8. Pengetua berhak menerima atau menolak rayuan daripada ibubapa.

9. Sila layari asramasamer.blogspot.my untuk maklumat lanjut.

Sekian untuk makluman.

Jawatankuasa Pengurusan Asrama
Sekolah Agama Menengah Rawang

SURAT TAWARAN ASRAMA DAN MAKLUMAT PENDAFTARAN ASRAMA 2018 BAGI PELAJAR PENGHUNI ASRAMA SEDIA ADA..... TELAH DISERAHKAN KEPADA SEMUA PELAJAR PADA 23 NOVEMBER 2017.








                                                                         Ruj.Kami : SAMRwg 900- 2 (47 )
                                                                                                  Tarikh    : 21 November 2017

Kepada

Ibu/bapa/penjaga
Pelajar Asrama Sek.Agama Men.Rawang



Tuan /Puan

TAWARAN KEMASUKAN KE ASRAMA BAGI TAHUN 2018
__________________________________________________


Merujuk kepada perkara di atas , dimaklumkan bahawa anak Tuan /Puan iaitu

: ……………………………………………………………………………………………………. Ting. …………………………

         LAYAK tinggal di asrama untuk tahun 2018.

         TIDAK LAYAK tinggal di asrama untuk tahun 2018 kerana :

               Melakukan kesalahan berat /mata disiplin PSP melebihi 50 mata / telah melanggar akujanji disiplin 2017 dan pihak sekolah berpendapat pelajar ini tidak sesuai tinggal di asrama.
               Tidak mencapai sekurang kurangnya 65 peratus markah keseluruhan dalam  peperiksaan akhir tahun/percubaan (Akademik/Al Azhar) 2017 .
               Belum menjelaskan sepenuhnya yuran -yuran asrama 2017.


Sekian untuk makluman dan tindakan pihak Tuan/Puan. Terima kasih.

Saya Yang Menurut Perintah



(HJ MOHAMAD NOOR BIN ISMAIL)
Pengetua Sek.Agama Men.Rawang

Catatan :
  1. Pelajar yang layak tinggal di asrama hendaklah membawa surat tawaran ini  bersama sama semasa hari pendaftaran. Sila rujuk halaman belakang untuk maklumat pendaftaran.



*TARIKH PENDAFTARAN ASRAMA BAGI PELAJAR YANG TIDAK DITAWARKAN ASRAMA AKAN DIMAKLUMKAN SELEPAS PERMOHONAN RAYUAN DILULUSKAN.

PENDAFTARAN ASRAMA TING. 5 TAHUN 2018
Tarikh          :        31 Disember 2017 ( Ahad  )
Masa            :        3.00 – 5.00 petang
Tempat         :        Dataran Dewan Makan
Pakaian        :        Baju Rasmi Asrama

PENDAFTARAN ASRAMA TING. 2,3 dan 4 TAHUN 2018
Tarikh          :        1 Januari 2018 ( Isnin  )
Masa            :        9.00 – 12.00 tengahari
Tempat         :        Dataran Dewan Besar
Pakaian        :        Baju rasmi asrama

Keperluan yang WAJIB DIBAWA SEMASA PENDAFTARAN.

1.    Surat tawaran kemasukan tinggal di asrama 2018. Kemasukan akan ditangguhkan jika tidak disertakan dengan surat tersebut.
2.    Salinan slip gaji  ibu/bapa/penjaga (terkini).
3.    Pakaian yang secukupnya mengikut peraturan (terutamanya PAKAIAN SOLAT/ PREP/ SUKAN /MANDI).
4.    Cadar dan sarung bantal warna biru (lelaki) dan pink (perempuan).… Sarung bantal tambahan dan selimut hendaklah berwarna SAMA SEPERTI YANG DITETAPKAN OLEH PERATURAN IAITU biru (lelaki) dan pink (perempuan).
5.    Sila pastikan anak anda tidak membawa barang barang larangan terutamanya telefon bimbit/alatan elektronik/elektrik . Makluman tentang perkara ini telah dimaklumkan sejak tahun 2007.

AGENDA PENDAFTARAN PELAJAR ASRAMA
1 Januari 2018 ( Isnin ) : Pendaftaran Ting. 2,3 dan 4


9.00 pg -12.00 tgh      :       Pendaftaran
(pelajar yang tidak hadir selepas  12.00 tgh. dianggap menolak tawaran tinggal di asrama).

12.00 tgh – 2.00 ptg   :       Makan tengahari & Solat Zohor

2.00 ptg – 4.00 ptg     :       Gotong Royong Asrama

9.00 mlm – 10.45 mlm :       Perhimpunan Asrama Kali Pertama
                                           & Menandatangani ikrar/akujanji