Hubungi kami.......

Hubungi kami....
BLOG ASRAMA : asramasamer.blogspot.com
EMAIL ASRAMA : asramasamer@gmail.com

Friday, 6 January 2017

PERATURAN KELUAR MASUK PELAJAR ASRAMA

PERATURAN AM

·      -Pelajar hanya dibenarkan keluar dengan kelulusan warden asrama dan mengikut cara yang telah ditetapkan.

·      -  Pelajar perlu keluar mengikut pintu pagar utama sekolah.

·       - Pelajar yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan ,boleh dikenakan tindakan disiplin.

PERMOHONAN BALIK BERMALAM YANG TIDAK MELIBATKAN MINGGU BALIK KAMPUNG

·  -Ibubapa dikehendaki menulis surat permohonan kepada Pengetua (u.p Ketua Warden Asrama) atau terus kepada Ketua Warden Asrama.

·     -Surat ini mesti ditandatangani ibubapa dan dihantar sendiri oleh pelajar/ibubapa atau difaks (03-60922028) atau email : asramasamer@gmail.com

·   -Surat ini mesti dihantar selewat-lewatnya pada hari Rabu (pada minggu yang pelajar memohon balik).

·      -Permohonan tidak semestinya diluluskan . Surat permohonan akan diproses pada hari Khamis dan jawapan akan diberikan secara lisan kepada pelajar.

·  - Pelajar yang mendapat kelulusan balik dikehendaki menghantar kad asrama berwarna kepada Ketua Warden untuk ditandatangani.

·     -  Pihak asrama tidak akan melayan permohonan balik bermalam sekiranya tiada disertakan surat permohonan dari ibubapa.

WAKTU LAWATAN PELAJAR ASRAMA

·      -   Setiap hari Sabtu dan Ahad
·       -  Bermula 12.00 tengahari hingga 6.00 petang

PERMOHONAN BALIK KECEMASAN

·         -Balik kecemasan bermaksud balik kerana ada kematian keluarga terhampir atau sakit tenat atau kemalangan .

·        - Ibubapa/penjaga boleh memohon terus dengan warden bertugas harian.
·         Warden bertugas akan menandatangani kad asrama berwarna.

PERMOHONAN BALIK KERANA SAKIT/DEMAM

·        - Pelajar atau warden bertugas akan menghubungi ibubapa/penjaga.
·       -  Warden bertugas akan menandatangani kad asrama berwarna.  

PAKAIAN RASMI KETIKA KELUAR MASUK ASRAMA MULAI 1 MAC 2015.

·  -Baju rasmi asrama (baju korporat –lelaki…… baju kurung –perempuan) ,berkasut dan bersetokin, berseluar SLACK KERJA BERWARNA HITAM (lelaki), TUDUNG HITAM (perempuan).

·         -Memakai pakaian seragam sekolah jika masih belum ada baju asrama.

PERATURAN MENGHANTAR ANAK KEMBALI KE ASRAMA

·     -Asrama akan dibuka mulai 12.00 tengahari .Ibubapa yang menghantar anak diharapkan tidak berhenti terlalu lama untuk mengelakkan kesesakan lalulintas di kawasan asrama.

·       -  Semua pelajar dikehendaki balik sepertimana yang telah dijadualkan.

·        - Kad asrama berwarna perlu diletakkan di pondok pengawal asrama dan mengambil semula kad berkenaan apabila pelajar kembali ke asrama sebelum 6.15 petang.

·        - Kad pelajar yang balik selepas 6.00 petang akan dicop LEWAT oleh Pengawal Asrama.

·    - Palang di kantin dan dewan makan akan ditutup pada pukul 5 petang bagi mengelakkan kesesakan lalulintas di kawasan asrama.

TEMPOH YANG DITETAPKAN UNTUK LAWATAN IBUBAPA.

·  -Ibubapa/penjaga/pelawat diharap dapat meninggalkan kawasan asrama dan sekolah sebelum 6.00 petang.

·    -Pengawal keselamatan berhak memberi ingatan dan membuat laporan terhadap pelawat yang ingkar.

KELUAR MASUK IBUBAPA/PENJAGA/PELAWAT KE KAWASAN ASRAMA

· -Ibubapa /penjaga/pelawat yang masuk ke kawasan asrama/sekolah dikehendaki menunjukkan KAD PELAWAT ASRAMA serta melaporkan diri di pondok kawalan keselamatan.

·        -KAD PELAWAT ASRAMA akan diedarkan semasa hari pendaftaran asrama.

·        -Pelawat yang gagal menunjukkan KAD PELAWAT ASRAMA tidak akan dibenarkan memasuki kawasan asrama / mengambil anak di asrama.

LARANGAN MEMASUKI ASRAMA

·         -Ibubapa/penjaga/pelawat dilarang memasuki asrama /dom kecuali dengan izin warden.
·        - Ibubapa hanya dibenarkan masuk pada tarikh yang telah ditetapkan sahaja.












No comments:

Post a Comment