Hubungi kami.......

Hubungi kami....
BLOG ASRAMA : asramasamer.blogspot.com
EMAIL ASRAMA : asramasamer@gmail.com

Friday 25 November 2016

PROSEDUR MEMBUAT RAYUAN MENDUDUKI SEMULA ASRAMA 2017

1. Ibubapa dikehendaki membuat surat rayuan kepada Tuan Pengetua SAM Rawang. (u.p Ketua Warden) Isi Surat mestilah menyatakan sebab pelajar perlu diterima masuk semula ke asrama.

2. Hanya Ibubapa dibenarkan menandatangani surat rayuan .Surat yang ditandatangani oleh pelajar tidak akan dilayan.

3. Surat rayuan hendaklah diserahkan ke kaunter pejabat sama ada menghantar sendiri atau secara e-mail. Email asrama ......asramasamer@gmail.com.

4. Sila tuliskan nombor telefon ibubapa pada bahagian bawah surat rayuan.

5. Tarikh tutup membuat rayuan adalah pada 2 Disember 2016 (Jumaat).

6. Surat jawapan rayuan semula akan mula dikeluarkan pada 5 Disember 2016. Ibubapa atau pelajar boleh mengambil surat jawapan di pejabat mulai tarikh tersebut.

7. Tarikh pendaftaran asrama bagi pelajar rayuan akademik adalah pada 16 Januari 2017 manakala tarikh pendaftaran asrama bagi pelajar rayuan disiplin adalah pada 6 Februari 2017.

8. Sila layari asramasamer.blogspot.com untuk maklumat lanjut.

SURAT TAWARAN ASRAMA SAM RAWANG 2017

Surat tawaran asrama telah diedarkan kepada pelajar pada hari Jumaat (25 November 2016). Mohon Ibubapa agar bertanya kepada pelajar berkenaan surat tersebut untuk tindakan lanjut.

Kepada

Ibu/bapa/penjaga
Pelajar Asrama Sek.Agama Men.Rawang

Tuan /Puan

TAWARAN KEMASUKAN KE ASRAMA BAGI TAHUN 2017
__________________________________________________

Merujuk kepada perkara di atas , dimaklumkan bahawa anak Tuan /Puan iaitu

: ……………………………………………………………………………………………………. Ting. …………………………

         LAYAK tinggal di asrama untuk tahun 2017.

         TIDAK LAYAK tinggal di asrama untuk tahun 2017 kerana :

              Melakukan kesalahan berat /mata disiplin PSP melebihi 50 mata / telah melanggar akujanji disiplin 2016 dan pihak sekolah berpendapat pelajar ini tidak sesuai tinggal di asrama.
        Gagal salah satu matapelajaran Bahasa Arab (Akademik/Al Azhar), ATAU gagal salah satu matapelajaran teras berikut : B.Melayu, B.Inggeris, Sains, Matematik dan Pendidikan Islam ATAU tidak mencapai sekurang kurangnya 65 peratus markah keseluruhan dalam  peperiksaan akhir tahun/percubaan (Akademik/Al Azhar) 2016 .
         Telah menandatangani akujanji akademik untuk 2016 tetapi masih gagal mencapai sekurang kurangnya 65 peratus markah keseluruhan dalam peperiksaan akhir tahun/percubaan (Akademik/Al Azhar) 2016.
           Belum menjelaskan sepenuhnya yuran -yuran asrama 2016.
Catatan :
  1. Pelajar yang layak tinggal di asrama hendaklah membawa surat tawaran ini  bersama sama semasa hari pendaftaran. Sila rujuk halaman belakang untuk maklumat pendaftaran.

Sekian untuk makluman dan tindakan pihak Tuan/Puan. Terima kasih.

Saya Yang Menurut Perintah

(HJ MOHAMAD NOOR BIN ISMAIL)

Pengetua Sek.Agama Men.Rawang

MAKLUMAT PENTING PENDAFTARAN ASRAMA 2017

*TARIKH PENDAFTARAN ASRAMA BAGI PELAJAR YANG TIDAK DITAWARKAN ASRAMA AKAN DIMAKLUMKAN SELEPAS PERMOHONAN RAYUAN DILULUSKAN.

PENDAFTARAN ASRAMA TING. 5 TAHUN 2017
Tarikh          :        1 Januari 2017 ( Ahad  )
Masa            :        3.00 – 5.00 petang
Tempat         :        Dataran Dewan Makan
Pakaian        :        Baju Rasmi Asrama

PENDAFTARAN ASRAMA TING. 2,3 dan 4 TAHUN 2017
Tarikh          :        2 Januari 2017 ( Isnin  )
Masa            :        9.00 – 12.00 tengahari
Tempat         :        Dataran Dewan Besar
Pakaian        :        Baju rasmi asrama

Keperluan yang WAJIB dibawa SEMASA PENDAFTARAN.

1.    Surat tawaran kemasukan tinggal di asrama 2017. Kemasukan akan ditangguhkan jika tidak disertakan dengan surat tersebut.
2.    Salinan slip gaji  ibu/bapa/penjaga (terkini).
3.    Pakaian yang secukupnya mengikut peraturan (terutamanya PAKAIAN SOLAT/ PREP/ SUKAN /MANDI).
4.    Cadar dan sarung bantal warna biru (lelaki) dan pink (perempuan).… Sarung bantal tambahan dan selimut hendaklah berwarna SAMA SEPERTI YANG DITETAPKAN OLEH PERATURAN IAITU biru (lelaki) dan pink (perempuan).
5.    Sila pastikan anak anda tidak membawa barang barang larangan terutamanya telefon bimbit/alatan elektronik/elektrik . Makluman tentang perkara ini telah dimaklumkan sejak tahun 2007.

AGENDA PENDAFTARAN PELAJAR ASRAMA
2 Januari 2017 ( Isnin ) : Pendaftaran Ting. 2,3 dan 4


9.00 pg -12.00 tgh      :       Pendaftaran
(pelajar yang tidak hadir selepas  12.00 tgh. dianggap menolak tawaran tinggal di asrama).

12.00 tgh – 2.00 ptg   :       Makan tengahari & Solat Zohor

2.00 ptg – 4.00 ptg     :       Gotong Royong Asrama

9.00 mlm – 10.45 mlm :       Perhimpunan Asrama Kali Pertama

                                           & Menandatangani ikrar/akujanji

Wednesday 9 November 2016

EMAIL RASMI ASRAMA SEKOLAH AGAMA MENENGAH RAWANG

Kepada ibubapa /penjaga,

Bermula bulan November 2016,  sebarang urusan surat menyurat berkaitan asrama adalah......

asramasamer@gmail.com

Harap maklum.

PENYERAHAN SLIP KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2016 BAGI PELAJAR TINGKATAN 1 - 4

MAKLUMAN PENTING KEPADA IBUBAPA PENJAGA

Penyerahan slip keputusan peperiksaan akhir tahun 2016 bagi pelajar tingkatan 1, 2, 3 dan 4 akan diadakan pada 25 November 2016 (Jumaat) mulai 10.30 pagi. 
Harap maklum. Sebarang perubahan akan dimaklumkan melalui sistem SMS dan kemaskini blog asrama Samer,

TARIKH BALIK KHAS PELAJAR ASRAMA SEPANJANG BULAN NOVEMBER 2016

Tingkatan 1 dan 2  :

-Balik rumah dan bercuti khas mulai 11 - 20 November .
-Kembali semula ke asrama pada 20 November.
-Mula bercuti akhir tahun pada 25 November. 


Tingkatan 3 :

-Balik  rumah dan bercuti khas mulai 11 - 19 November .
-Kembali semula ke asrama pada 19 November untuk lawatan ke PD pada 20-21 November.
-Mula bercuti akhir tahun pada 25 November 


Tingkatan 4

-Tidak dibenarkan balik rumah sepanjang November
-Program persediaan SMA & Peperiksaan SMA
-Mula bercuti akhir tahun pada 25 November .



Tingkatan 5 Maliki dan dan 5 Syafie 

-Balik rumah mulai 22 - 27 November 
-Kembali semula ke asrama pada 27 November untuk sambungan SPM



Tingkatan 5 Hanafi dan 5 Hambali

-Balik rumah mulai 24 - 27 November 
-Kembali semula ke asrama pada 27 November untuk sambungan SPM