Hubungi kami.......

Hubungi kami....
BLOG ASRAMA : asramasamer.blogspot.com
EMAIL ASRAMA : asramasamer@gmail.com

Sunday, 29 January 2017

PENGUMUMAN KHAS -MENGHANTAR PELAJAR KEMBALI KE ASRAMA PADA HARI BEKERJA (SELASA- 31 JAN 2017)

Sepertimana yang telah dimaklumkan secara rasmi , ibubapa dikehendaki menghantar pelajar kembali ke asrama pada hari Selasa (31 Januari 2017).

Berikut adalah masa yang telah ditetapkan untuk memudahkan urusan perjalanan dan memudahkan pelaksanaan peraturan di asrama pada hari tersebut memandangkan ia adalah hari bekerja bagi sesetengah ibubapa......

Sebelum 6.00 petang
-Jika pelajar kembali ke asrama sebelum 6 petang, pelajar masih boleh memasuki asrama dan meletakkan barang barang di dalam dom. Pelajar juga masih sempat makan di Dewan Makan Asrama.
-Jika ibubapa tidak bekerja.

Sebelum 7.00 malam
-Jika pelajar kembali ke asrama sebelum 7 malam, pelajar hanya dibenarkan meletakkan barang barang di Dewan Makan Asrama. Pelajar tidak lagi dibenarkan makan kerana Dewan Makan akan ditutup pada 7 malam.
-Jika ibubapa bekerja.

Sebelum 8.00 malam
-Pelajar hanya dibenarkan untuk meletakkan barang barang di Dewan Makan. Dewan Makan juga telah ditutup.
-Jika ibubapa bekerja dan jarak tempat tinggal melebihi 50 km dari Samer.
-Jika pelajar kembali ke asrama selepas 8 malam, kad pelajar akan dicop LEWAT .

SEMOGA IBUBAPA DAPAT MERANCANG PERJALANAN DENGAN BAIK KERANA JADUAL BALIK KAMPUNG TELAH DIEDARKAN PADA HARI PENDAFTARAN ASRAMA.

PELAJAR DIKEHENDAKI MEMAKAI PAKAIAN RASMI ASRAMA DAN PAKAIAN SEKOLAH (PELAJAR BARU)

JAWATANKUASA PENGURUSAN ASRAMA AMAT MEMAHAMI SITUASI YANG DIHADAPI IBUBAPA YANG BEKERJA PADA TARIKH TERSEBUT , NAMUN PERLU JUGA MENDISIPLINKAN PELAJAR AGAR MENEPATI MASA YANG TELAH DITETAPKAN SEPERTI DI ATAS. 

INSYAALLAH ....IBUBAPA PRIHATIN , ANAK ANAK BERDISIPLIN .



Ketua Warden Asrama
Sekolah Agama Menengah Rawang

No comments:

Post a Comment