Hubungi kami.......

Hubungi kami....
BLOG ASRAMA : asramasamer.blogspot.com
EMAIL ASRAMA : asramasamer@gmail.com

Sunday 29 January 2017

PENGUMUMAN KHAS -MENGHANTAR PELAJAR KEMBALI KE ASRAMA PADA HARI BEKERJA (SELASA- 31 JAN 2017)

Sepertimana yang telah dimaklumkan secara rasmi , ibubapa dikehendaki menghantar pelajar kembali ke asrama pada hari Selasa (31 Januari 2017).

Berikut adalah masa yang telah ditetapkan untuk memudahkan urusan perjalanan dan memudahkan pelaksanaan peraturan di asrama pada hari tersebut memandangkan ia adalah hari bekerja bagi sesetengah ibubapa......

Sebelum 6.00 petang
-Jika pelajar kembali ke asrama sebelum 6 petang, pelajar masih boleh memasuki asrama dan meletakkan barang barang di dalam dom. Pelajar juga masih sempat makan di Dewan Makan Asrama.
-Jika ibubapa tidak bekerja.

Sebelum 7.00 malam
-Jika pelajar kembali ke asrama sebelum 7 malam, pelajar hanya dibenarkan meletakkan barang barang di Dewan Makan Asrama. Pelajar tidak lagi dibenarkan makan kerana Dewan Makan akan ditutup pada 7 malam.
-Jika ibubapa bekerja.

Sebelum 8.00 malam
-Pelajar hanya dibenarkan untuk meletakkan barang barang di Dewan Makan. Dewan Makan juga telah ditutup.
-Jika ibubapa bekerja dan jarak tempat tinggal melebihi 50 km dari Samer.
-Jika pelajar kembali ke asrama selepas 8 malam, kad pelajar akan dicop LEWAT .

SEMOGA IBUBAPA DAPAT MERANCANG PERJALANAN DENGAN BAIK KERANA JADUAL BALIK KAMPUNG TELAH DIEDARKAN PADA HARI PENDAFTARAN ASRAMA.

PELAJAR DIKEHENDAKI MEMAKAI PAKAIAN RASMI ASRAMA DAN PAKAIAN SEKOLAH (PELAJAR BARU)

JAWATANKUASA PENGURUSAN ASRAMA AMAT MEMAHAMI SITUASI YANG DIHADAPI IBUBAPA YANG BEKERJA PADA TARIKH TERSEBUT , NAMUN PERLU JUGA MENDISIPLINKAN PELAJAR AGAR MENEPATI MASA YANG TELAH DITETAPKAN SEPERTI DI ATAS. 

INSYAALLAH ....IBUBAPA PRIHATIN , ANAK ANAK BERDISIPLIN .



Ketua Warden Asrama
Sekolah Agama Menengah Rawang

Thursday 12 January 2017

PERINGATAN PENTING PADA MINGGU BALIK KAMPUNG


1. Diwajibkan memakai pakaian rasmi asrama...  namun pelajar dibenarkan balik pakai baju sukan sekiranya ada program sukan dan lain-lain acara, namun pelajar wajib bawa balik baju rasmi asrama kerana ia akan dipakai pada hari kembali ke asrama

2. Menulis kad pergerakan pelajar asrama hijau/merah dengan butiran yang diperlukan sebelum balik dan meninggalkan kad tersebut di pondok pengawal asrama. 

3. Pelajar diminta meletakkan beg pakaian di dewan makan (ASPURA) atau mengumpulkan beg di bilik rehat (ASPURI) sebelum keluar untuk solat subuh pada hari balik kampung.

4. Kad perlu diambil semula di pondok pengawal asrama (ASPURA) dan di kantin (ASPURI) apabila kembali ke asrama. 

5. Perhimpunan asrama akan diadakan pada hari kembali ke asrama jam 6 petang di dewan. Pelajar dikehendaki berpakaian rasmi asrama lengkap semasa perhimpunan tersebut dan membawa bersama kad asrama. 

6. Pelajar yang lewat kembali ke asrama selepas 6 petang , kadnya akan dicop lewat dan akan dikenakan mata PSP. Asrama akan dikunci selepas pukul 6 petang.  

7. Selepas perhimpunan asrama, pelajar tidak akan dibenarkan masuk ke asrama. . Pelajar akan makan malam di dewan makan dan terus ke surau utk solat maghrib,isyak.

8. Pelajar akan prep dengan pakaian rasmi asrama pada hari kembali ke asrama. 

9. Pelajar hanya dibenarkan balik rumah selepas solat jumaat (ASPURA) dan 2 petang (ASPURI).



KETUA WARDEN ASRAMA

SEKOLAH AGAMA MENENGAH RAWANG

Friday 6 January 2017

PENDAFTARAN PELAJAR RAYUAN DISIPLIN

MAKLUMAT PENDAFTARAN ASRAMA BAGI PELAJAR RAYUAN DISIPLIN

- 9 Januari (Isnin)
- Pejabat Asrama 

7.30 pg... 
-Perhimpunan Sekolah

8.00 pg.../selepas selesai perhimpunan
-Penyerahan slip gaji, surat tawaran dan surat jawapan 
rayuan. 
-Menandatangani akujanji bersama ibubapa.
-Menjelaskan yuran.
-Serahan kad asrama ,kad pelawat & surat edaran.
-Masuk barang ke dom asrama.

PELAJAR AKAN MASUK KE KELAS SEPERTI BIASA SELEPAS PENDAFTARAN ASRAMA

MAJLIS KEPIMPINAN PELAJAR ASRAMA 2017



PERATURAN KELUAR MASUK PELAJAR ASRAMA

PERATURAN AM

·      -Pelajar hanya dibenarkan keluar dengan kelulusan warden asrama dan mengikut cara yang telah ditetapkan.

·      -  Pelajar perlu keluar mengikut pintu pagar utama sekolah.

·       - Pelajar yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan ,boleh dikenakan tindakan disiplin.

PERMOHONAN BALIK BERMALAM YANG TIDAK MELIBATKAN MINGGU BALIK KAMPUNG

·  -Ibubapa dikehendaki menulis surat permohonan kepada Pengetua (u.p Ketua Warden Asrama) atau terus kepada Ketua Warden Asrama.

·     -Surat ini mesti ditandatangani ibubapa dan dihantar sendiri oleh pelajar/ibubapa atau difaks (03-60922028) atau email : asramasamer@gmail.com

·   -Surat ini mesti dihantar selewat-lewatnya pada hari Rabu (pada minggu yang pelajar memohon balik).

·      -Permohonan tidak semestinya diluluskan . Surat permohonan akan diproses pada hari Khamis dan jawapan akan diberikan secara lisan kepada pelajar.

·  - Pelajar yang mendapat kelulusan balik dikehendaki menghantar kad asrama berwarna kepada Ketua Warden untuk ditandatangani.

·     -  Pihak asrama tidak akan melayan permohonan balik bermalam sekiranya tiada disertakan surat permohonan dari ibubapa.

WAKTU LAWATAN PELAJAR ASRAMA

·      -   Setiap hari Sabtu dan Ahad
·       -  Bermula 12.00 tengahari hingga 6.00 petang

PERMOHONAN BALIK KECEMASAN

·         -Balik kecemasan bermaksud balik kerana ada kematian keluarga terhampir atau sakit tenat atau kemalangan .

·        - Ibubapa/penjaga boleh memohon terus dengan warden bertugas harian.
·         Warden bertugas akan menandatangani kad asrama berwarna.

PERMOHONAN BALIK KERANA SAKIT/DEMAM

·        - Pelajar atau warden bertugas akan menghubungi ibubapa/penjaga.
·       -  Warden bertugas akan menandatangani kad asrama berwarna.  

PAKAIAN RASMI KETIKA KELUAR MASUK ASRAMA MULAI 1 MAC 2015.

·  -Baju rasmi asrama (baju korporat –lelaki…… baju kurung –perempuan) ,berkasut dan bersetokin, berseluar SLACK KERJA BERWARNA HITAM (lelaki), TUDUNG HITAM (perempuan).

·         -Memakai pakaian seragam sekolah jika masih belum ada baju asrama.

PERATURAN MENGHANTAR ANAK KEMBALI KE ASRAMA

·     -Asrama akan dibuka mulai 12.00 tengahari .Ibubapa yang menghantar anak diharapkan tidak berhenti terlalu lama untuk mengelakkan kesesakan lalulintas di kawasan asrama.

·       -  Semua pelajar dikehendaki balik sepertimana yang telah dijadualkan.

·        - Kad asrama berwarna perlu diletakkan di pondok pengawal asrama dan mengambil semula kad berkenaan apabila pelajar kembali ke asrama sebelum 6.15 petang.

·        - Kad pelajar yang balik selepas 6.00 petang akan dicop LEWAT oleh Pengawal Asrama.

·    - Palang di kantin dan dewan makan akan ditutup pada pukul 5 petang bagi mengelakkan kesesakan lalulintas di kawasan asrama.

TEMPOH YANG DITETAPKAN UNTUK LAWATAN IBUBAPA.

·  -Ibubapa/penjaga/pelawat diharap dapat meninggalkan kawasan asrama dan sekolah sebelum 6.00 petang.

·    -Pengawal keselamatan berhak memberi ingatan dan membuat laporan terhadap pelawat yang ingkar.

KELUAR MASUK IBUBAPA/PENJAGA/PELAWAT KE KAWASAN ASRAMA

· -Ibubapa /penjaga/pelawat yang masuk ke kawasan asrama/sekolah dikehendaki menunjukkan KAD PELAWAT ASRAMA serta melaporkan diri di pondok kawalan keselamatan.

·        -KAD PELAWAT ASRAMA akan diedarkan semasa hari pendaftaran asrama.

·        -Pelawat yang gagal menunjukkan KAD PELAWAT ASRAMA tidak akan dibenarkan memasuki kawasan asrama / mengambil anak di asrama.

LARANGAN MEMASUKI ASRAMA

·         -Ibubapa/penjaga/pelawat dilarang memasuki asrama /dom kecuali dengan izin warden.
·        - Ibubapa hanya dibenarkan masuk pada tarikh yang telah ditetapkan sahaja.












TARIKH BALIK KAMPUNG DAN TARIKH IBUBAPA DIBENARKAN MASUK KE DALAM ASRAMA

BULAN

TARIKH
BALIK
TARIKH KEMBALI KE ASRAMA

PHIMPUNAN
ASRAMA PADA HARI KEMBALI
KE ASRAMA
CATATAN

JAN
-
2 Jan (Isn)
9.00 mlm
Pendaftaran
13 Jan (Jum)
15 Jan (Aha)
6.00 ptg

25 Jan (Rab)
31 Jan (Sel)

6.00 ptg
Thn Baru Cina
FEB
17 Feb (Jum)
19 Feb (Aha)

6.00 ptg

MAC
3 Mac (Jum)
5 Mac (Aha)
6.00 ptg

17 Mac (Jum)
26 Mac (Aha)

6.00 ptg
Cuti Ptghan Penggal
APRIL
7 April (Jum)
9 April (Aha)
6.00 ptg

21 April (Jum)
23 April (Aha)

6.00 ptg

MEI
5 Mei (Jum)
7 Mei (Aha)
6.00 ptg

26 Mei (Jum)
-


Cuti Pertghan Tahun
&
Nuzul Quran
JUN
-
12 Jun (Isn)
6.00 ptg
16 Jun (Jum)
18 Jun (Aha)
6.00 ptg
Ramadhan
23 Jun (Jum)
-



CUTI
AIDILFITRI
JULAI
-
2 Julai (Aha)
6.00 ptg
14 Julai (Jum)
16 Julai (Aha)
6.00 ptg

28 Julai (Jum)
30 Julai (Aha)

6.00 ptg

OGOS
11 Ogos (Jum)
13 Ogos (Aha)
6.00 ptg

25 Ogos (Jum)
-


Cuti Pertengahan Penggal &
Cuti Aidiladha
SEPT
-
3 Sept (Aha)
6.00 ptg
15 Sept (Jum)
17 Sept (Aha)
6.00 ptg

29 Sept (Jum)
-



OKT
-
1 Okt (Aha)
6.00 ptg

13 Okt (Jum)
22 Okt (Aha)

6.00 ptg
Cuti Deepavali
NOV
3 Nov (Jum)
5 Nov (Aha)
6.00 ptg

17 Nov (Jum)
19 Nov (Aha)
6.00 ptg

24 Nov (Jum)
-


Cuti Akhir Tahun


IBUBAPA DIBENARKAN MELAWAT KE DALAM ASRAMA PUTERA (BAPA DAN ADIK BERADIK LELAKI SAHAJA) DAN ASRAMA PUTERI (IBU DAN ADIK BERADIK PEREMPUAN SAHAJA) PADA TARIKH TARIKH BERIKUT BAGI TUJUAN :
-melihat sendiri kehidupan pelajar di asrama.
-menyumbangkan idea, tenaga dan material untuk membantu keceriaan dan pembangunan asrama.

TARIKH

HARI
MASA
22 Januari 2017

AHAD
2.00 – 4.30 PETANG
26 Februari 2017

AHAD
2.00 – 4.30 PETANG
12 Mac 2017

AHAD
2.00 – 4.30 PETANG
16 April 2017

AHAD
2.00 – 4.30 PETANG
21 Mei 2017

AHAD
2.00 – 4.30 PETANG
23 Julai 2017

AHAD
2.00 – 4.30 PETANG
20 Ogos 2017

AHAD
2.00 – 4.30 PETANG
24 Sept 2017

AHAD
2.00 – 4.30 PETANG
8 Oktober 2017

AHAD
2.00 – 4.30 PETANG


PENGETUA

SAM RAWANG