PERATURAN AM
· -Pelajar hanya dibenarkan keluar dengan kelulusan warden
asrama dan mengikut cara yang telah ditetapkan.
· - Pelajar perlu keluar mengikut pintu pagar utama sekolah.
· - Pelajar yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan
,boleh dikenakan tindakan disiplin.
PERMOHONAN BALIK BERMALAM YANG TIDAK
MELIBATKAN MINGGU BALIK KAMPUNG
· -Ibubapa dikehendaki menulis surat permohonan kepada
Pengetua (u.p Ketua Warden Asrama) atau terus kepada Ketua Warden Asrama.
· -Surat ini mesti ditandatangani ibubapa dan dihantar
sendiri oleh pelajar/ibubapa atau difaks (03-60922028) atau email
: asramasamer@gmail.com
· -Surat ini mesti dihantar selewat-lewatnya pada hari Rabu
(pada minggu yang pelajar memohon balik).
· -Permohonan tidak semestinya diluluskan . Surat
permohonan akan diproses pada hari Khamis dan jawapan akan diberikan secara
lisan kepada pelajar.
· - Pelajar yang mendapat kelulusan balik dikehendaki
menghantar kad asrama berwarna kepada Ketua Warden untuk ditandatangani.
· - Pihak asrama tidak akan melayan permohonan balik bermalam
sekiranya tiada disertakan surat permohonan dari ibubapa.
WAKTU LAWATAN PELAJAR ASRAMA
· - Setiap hari Sabtu dan Ahad
· - Bermula 12.00 tengahari hingga 6.00 petang
PERMOHONAN BALIK KECEMASAN
· -Balik kecemasan bermaksud balik kerana ada kematian
keluarga terhampir atau sakit tenat atau kemalangan .
· - Ibubapa/penjaga boleh memohon terus dengan warden
bertugas harian.
·
Warden bertugas akan menandatangani kad asrama
berwarna.
PERMOHONAN BALIK KERANA SAKIT/DEMAM
· - Pelajar atau warden bertugas akan menghubungi ibubapa/penjaga.
· - Warden bertugas akan menandatangani kad asrama berwarna.
PAKAIAN RASMI KETIKA KELUAR MASUK ASRAMA MULAI 1 MAC
2015.
· -Baju rasmi asrama (baju korporat –lelaki…… baju kurung
–perempuan) ,berkasut dan bersetokin, berseluar SLACK KERJA BERWARNA HITAM
(lelaki), TUDUNG HITAM (perempuan).
· -Memakai pakaian seragam sekolah jika masih belum ada baju
asrama.
PERATURAN MENGHANTAR ANAK KEMBALI KE ASRAMA
· -Asrama akan dibuka mulai 12.00 tengahari .Ibubapa yang
menghantar anak diharapkan tidak berhenti terlalu lama untuk mengelakkan
kesesakan lalulintas di kawasan asrama.
· - Semua pelajar dikehendaki balik sepertimana yang telah
dijadualkan.
· - Kad asrama berwarna perlu diletakkan di pondok pengawal
asrama dan mengambil semula kad berkenaan apabila pelajar kembali ke asrama
sebelum 6.15 petang.
· - Kad pelajar yang balik selepas 6.00 petang akan dicop
LEWAT oleh Pengawal Asrama.
· - Palang di kantin dan dewan makan akan
ditutup pada pukul 5 petang bagi mengelakkan kesesakan lalulintas di kawasan
asrama.
TEMPOH YANG DITETAPKAN UNTUK LAWATAN IBUBAPA.
· -Ibubapa/penjaga/pelawat diharap dapat meninggalkan kawasan
asrama dan sekolah sebelum 6.00 petang.
· -Pengawal keselamatan berhak memberi ingatan dan membuat
laporan terhadap pelawat yang ingkar.
KELUAR MASUK IBUBAPA/PENJAGA/PELAWAT KE
KAWASAN ASRAMA
· -Ibubapa /penjaga/pelawat yang masuk ke kawasan
asrama/sekolah dikehendaki menunjukkan KAD PELAWAT ASRAMA serta melaporkan
diri di pondok kawalan keselamatan.
· -KAD PELAWAT ASRAMA akan diedarkan semasa hari pendaftaran
asrama.
· -Pelawat yang gagal menunjukkan KAD PELAWAT ASRAMA tidak
akan dibenarkan memasuki kawasan asrama / mengambil anak di asrama.
LARANGAN MEMASUKI ASRAMA
· -Ibubapa/penjaga/pelawat dilarang memasuki asrama /dom
kecuali dengan izin warden.
· - Ibubapa hanya dibenarkan masuk pada tarikh yang telah
ditetapkan sahaja.