Hubungi kami.......

Hubungi kami....
BLOG ASRAMA : asramasamer.blogspot.com
EMAIL ASRAMA : asramasamer@gmail.com

Friday, 24 November 2017

PROSEDUR MEMBUAT RAYUAN MASUK SEMULA KE ASRAMA BAGI PELAJAR YANG TIDAK LAYAK MENDUDUKI ASRAMA BAGI TAHUN 2018

Prosedur Rayuan  

1. Membuat SURAT RAYUAN RASMI kepada Pengetua Sekolah Agama Menengah Rawang.

2. Menyatakan dengan jelas mengapa rayuan perlu diterima oleh  Pengetua.

3. Surat perlu ditandatangani IBUBAPA dan mencatatkan nombor  telefon bimbit ibubapa.

4. Surat rayuan perlu dihantar ke pejabat SAMER pada atau   sebelum 1 Disember 2017 (waktu pejabat sahaja).

5. Surat boleh dihantar sendiri atau diemailkan ke alamat......  asramasamer@gmail.com 

6. Surat yang dihantar selepas 1 DISEMBER 2017 TIDAK AKAN DILAYAN.

7. Surat jawapan rayuan sama ada diterima atau ditolak ,boleh  diambil di pejabat sekolah mulai 20 Disember 2017 (waktu pejabat sahaja).

8. Pengetua berhak menerima atau menolak rayuan daripada ibubapa.

9. Sila layari asramasamer.blogspot.my untuk maklumat lanjut.

Sekian untuk makluman.

Jawatankuasa Pengurusan Asrama
Sekolah Agama Menengah Rawang

SURAT TAWARAN ASRAMA DAN MAKLUMAT PENDAFTARAN ASRAMA 2018 BAGI PELAJAR PENGHUNI ASRAMA SEDIA ADA..... TELAH DISERAHKAN KEPADA SEMUA PELAJAR PADA 23 NOVEMBER 2017.








                                                                         Ruj.Kami : SAMRwg 900- 2 (47 )
                                                                                                  Tarikh    : 21 November 2017

Kepada

Ibu/bapa/penjaga
Pelajar Asrama Sek.Agama Men.Rawang



Tuan /Puan

TAWARAN KEMASUKAN KE ASRAMA BAGI TAHUN 2018
__________________________________________________


Merujuk kepada perkara di atas , dimaklumkan bahawa anak Tuan /Puan iaitu

: ……………………………………………………………………………………………………. Ting. …………………………

         LAYAK tinggal di asrama untuk tahun 2018.

         TIDAK LAYAK tinggal di asrama untuk tahun 2018 kerana :

               Melakukan kesalahan berat /mata disiplin PSP melebihi 50 mata / telah melanggar akujanji disiplin 2017 dan pihak sekolah berpendapat pelajar ini tidak sesuai tinggal di asrama.
               Tidak mencapai sekurang kurangnya 65 peratus markah keseluruhan dalam  peperiksaan akhir tahun/percubaan (Akademik/Al Azhar) 2017 .
               Belum menjelaskan sepenuhnya yuran -yuran asrama 2017.


Sekian untuk makluman dan tindakan pihak Tuan/Puan. Terima kasih.

Saya Yang Menurut Perintah



(HJ MOHAMAD NOOR BIN ISMAIL)
Pengetua Sek.Agama Men.Rawang

Catatan :
  1. Pelajar yang layak tinggal di asrama hendaklah membawa surat tawaran ini  bersama sama semasa hari pendaftaran. Sila rujuk halaman belakang untuk maklumat pendaftaran.



*TARIKH PENDAFTARAN ASRAMA BAGI PELAJAR YANG TIDAK DITAWARKAN ASRAMA AKAN DIMAKLUMKAN SELEPAS PERMOHONAN RAYUAN DILULUSKAN.

PENDAFTARAN ASRAMA TING. 5 TAHUN 2018
Tarikh          :        31 Disember 2017 ( Ahad  )
Masa            :        3.00 – 5.00 petang
Tempat         :        Dataran Dewan Makan
Pakaian        :        Baju Rasmi Asrama

PENDAFTARAN ASRAMA TING. 2,3 dan 4 TAHUN 2018
Tarikh          :        1 Januari 2018 ( Isnin  )
Masa            :        9.00 – 12.00 tengahari
Tempat         :        Dataran Dewan Besar
Pakaian        :        Baju rasmi asrama

Keperluan yang WAJIB DIBAWA SEMASA PENDAFTARAN.

1.    Surat tawaran kemasukan tinggal di asrama 2018. Kemasukan akan ditangguhkan jika tidak disertakan dengan surat tersebut.
2.    Salinan slip gaji  ibu/bapa/penjaga (terkini).
3.    Pakaian yang secukupnya mengikut peraturan (terutamanya PAKAIAN SOLAT/ PREP/ SUKAN /MANDI).
4.    Cadar dan sarung bantal warna biru (lelaki) dan pink (perempuan).… Sarung bantal tambahan dan selimut hendaklah berwarna SAMA SEPERTI YANG DITETAPKAN OLEH PERATURAN IAITU biru (lelaki) dan pink (perempuan).
5.    Sila pastikan anak anda tidak membawa barang barang larangan terutamanya telefon bimbit/alatan elektronik/elektrik . Makluman tentang perkara ini telah dimaklumkan sejak tahun 2007.

AGENDA PENDAFTARAN PELAJAR ASRAMA
1 Januari 2018 ( Isnin ) : Pendaftaran Ting. 2,3 dan 4


9.00 pg -12.00 tgh      :       Pendaftaran
(pelajar yang tidak hadir selepas  12.00 tgh. dianggap menolak tawaran tinggal di asrama).

12.00 tgh – 2.00 ptg   :       Makan tengahari & Solat Zohor

2.00 ptg – 4.00 ptg     :       Gotong Royong Asrama

9.00 mlm – 10.45 mlm :       Perhimpunan Asrama Kali Pertama
                                           & Menandatangani ikrar/akujanji








Saturday, 2 September 2017

MOHON AMBIL PERHATIAN SERIUS

Kepada semua ibubapa pelajar asrama Samer....

MAKLUMAN RASMI JAWATANKUASA PENGURUSAN ASRAMA SAMER

-Hari Isnin telah diisytiharkan sebagai cuti umum oleh PM.

-Semua pelajar asrama Samer akan kembali semula ke asrama pada hari Isnin (4 Sept) sebelum 5.30 petang.

-Pelajar yang sakit atau ade keluarga sakit tenat atau kematian keluarga terdekat sahaja dibenarkan balik lewat.

-Pelajar yang balik lewat dikira ponteng asrama dan akan dikenakan mata PSP serta tindakan disiplin.

-Pelajar dibenarkan balik ke asrama seawal 7 pagi hari Isnin (4 Sept) bagi menyelesaikan isu ibubapa bekerja atau ibubapa perlu menghantar anak2 lain ke asrama di sekolah yg lain.

-Ibubapa dinasihatkan untuk merancang perjalanan sebaiknya.

-Sila layari asramasamer.blogspot.my untuk maklumat lanjut.

Harap Maklum

Tuesday, 29 August 2017

JAWATANKUASA PENGURUSAN ASRAMA SAMER INGIN MENGUCAPKAN.............


PERUBAHAN TARIKH BALIK BULAN SEPTEMBER & JEMPUTAN SOLAT HAJAT PERDANA TING.3,4 DAN 5

Kepada

Ibu/bapa/penjaga
Pelajar Asrama Sek.Agama Men.Rawang

Tuan /Puan

MAKLUMAN PINDAAN TARIKH BALIK KAMPUNG PADA BULAN SEPTEMBER DAN JEMPUTAN IBUBAPA PELAJAR TING. 3, 4 DAN 5 KE MAJLIS SOLAT HAJAT PERDANA .

Perkara di atas adalah dirujuk.

2.       Mohon tuan/puan mengambil perhatian terhadap makluman-makluman berikut yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Asrama:

a    (a)    Tarikh balik pelajar asrama pada bulan September

Pelajar asrama dijadualkan balik pada
15-17 September 2017 (TIADA PERUBAHAN)

Pelajar asrama dijadualkan balik pada
                          29 Sept- 1 Okt 2017 (DIBATALKAN)
DIAWALKAN  KEPADA  21-24 September 2017  - Cuti Awal Muharram


b    (b)   Suatu Solat Hajat Perdana akan diadakan berdasarkan butiran berikut ;

Tarikh           :         21 September 2017 (Khamis)
Masa            :         7.00 malam- 9.00 malam
Tempat         :         Surau Darul Muttaqin SAMER

c    (c)    Semua pelajar Tingkatan 3, 4 dan 5 wajib hadir menyertai program ini. Sehubungan itu, semua ibubapa pelajar Ting. 3 ,4 dan 5 dijemput hadir. Ibubapa dibenarkan membawa pelajar pulang selepas program selesai  .

3.       Semoga mendapat kerjasama ,perhatian serta tindakan yang sewajarnya daripada  pihak tuan /puan. Sekian dan Terima kasih.


Saya Yang Menurut Perintah

HJ MOHAMAD NOOR BIN ISMAIL
Pengetua Sek.Agama Men.Rawang

Sunday, 11 June 2017

MAKLUMAN SANGAT PENTING UNTUK PERHATIAN DAN TINDAKAN :


-Sekolah ganti 
17 Jun (Sabtu- jadual hari Jumaat)

-Majlis Iftar Jamaie bersama ibubapa dan guru
17 Jun (Sabtu)

-Majlis Khatam Quran /Penyampaian Sumbangan
Aidilfitri & Penyerahan Slip keputusan PPT
22 Jun (Khamis)
(Pljr dibenar balik cuti raya slps jam 1 ptg pd hari Khamis)

Cuti Aidilfitri
23 Jun (Jumaat)  sehingga 2 Julai (Ahad)


"Asramaku Syurgaku.... Bersih, Sihat , Cemerlang"

Disediakan oleh
JAWATANKUASA PENGURUSAN ASRAMA
SEKOLAH AGAMA MENENGAH RAWANG
MAKLUMAN RUTIN RAMADHAN PELAJAR ASRAMA 


Assalamualaikum wbt


JADUAL RUTIN PELAJAR ASRAMA SAMER BULAN RAMADHAN 1438

Hari persekolahan :

4.30 pg.....Bersahur
5.30 pg.....Bersedia di surau - Solat Subuh berjemaah
6.15 pg.....Tadarus Qur'an di surau
7.00 pg.....Bergerak ke sekolah
7.10 pg.....Tadarus Qur'an di kelas
7.30 pg.....PDPC
12.30 tgh....Solat Zohor berjemaah / Solat Jumaat
1.50 tgh....Sambung PDPC / Rehat pd Jumaat
2.50 ptg....Kelas Persediaan/Tuisyen
4.30 ptg....Solat Asar berjemaah
5.00 ptg....Rehat/Bersiap
6.45 ptg....Bersedia berbuka puasa
7.55 mlm..Solat Maghrib berjemaah
8.15 mlm..Tadarus Qur'an
8.45 mlm..Solat Isyak berjemaah
9.15 mlm..Solat Tarawih dan Witir
10.00 mlm..Kelas Persediaan
10.45 mlm..Minum malam
11.15 mlm..Bacaan surah Al Mulk

Hari Sabtu (Sekolah Ganti dan Iftar Perdana) 

4.30 pg.....Bersahur
5.30 pg.....Bersedia di surau - Solat Subuh berjemaah
6.15 pg.....Tadarus Qur'an di surau
7.00 pg.....Bergerak ke sekolah
7.10 pg.....Tadarus Qur'an di kelas
7.30 pg.....PDPC
12.30 tgh..Tazkirah/Tadarus Qur'an
1.30 ptg....Solat Zohor berjemaah
2.00 ptg....Pelajar rehat dan bersiap utk Iftar Perdana
4.30 ptg....Solat Asar berjemaah
5.00 ptg....Pengisian khas di surau
6.45 ptg....Bersedia berbuka puasa
7.55 mlm..Solat Maghrib berjemaah
8.15 mlm..Tadarus Qur'an
8.45 mlm..Solat Isyak berjemaah
9.15 mlm..Solat Tarawih dan Witir
10.00 mlm..Tadarus Qur'an
10.45 mlm..Minum malam
11.15 mlm..Bacaan surah Al Mulk

Hari Ahad :

3.30 pg.....Qiamullail
4.30 pg.....Bersahur
5.30 pg.....Bersedia di surau - Solat Subuh berjemaah
6.15 pg.....Tadarus Qur'an di surau
7.00 pg.....Kuliah Subuh
8.00 pg.....Gotong Royong 
9.00 pg.....Program Bulan Penghayatan Islam
1.20 tgh....Solat Zohor berjemaah
1.50 tgh....Program Bulan Penghayatan Islam
4.30 ptg....Solat Asar berjemaah
5.00 ptg....Rehat/Bersiap
6.45 ptg....Bersedia berbuka puasa
7.55 mlm..Solat Maghrib berjemaah
8.15 mlm..Tadarus Qur'an
8.45 mlm..Solat Isyak berjemaah
9.15 mlm..Solat Tarawih dan Witir
10.00 mlm..Kelas Persediaan
10.45 mlm..Minum malam
11.15 mlm..Bacaan surah Al Mulk
PENGUMUMAN PENTING...........
PEMBATALAN BALIK HUJUNG MINGGU DI BULAN RAMADHAN , 
JEMPUTAN IFTAR PERDANA

Kepada

Ibu/bapa/penjaga
Pelajar Asrama Sek.Agama Men.Rawang

Tuan /Puan

MAKLUMAN PEMBATALAN TARIKH BALIK PADA BULAN RAMADHAN DAN JEMPUTAN IBUBAPA KE MAJLIS IFTHOR PERDANA .


Perkara di atas adalah dirujuk.

2.       Mohon tuan/puan mengambil perhatian terhadap makluman-makluman berikut yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Asrama:

a   Tarikh balik pelajar asrama pada bulan Ramadhan.

Pelajar asrama dijadualkan balik pada
16 – 18 Jun 2017 (Jumaat-Ahad)


DIBATALKAN

b   Suatu majlis Ifthor Perdana akan diadakan berdasarkan butiran berikut ;

Tarikh           :         17 Jun 2017 (Sabtu)
Masa            :         7.00 malam
Tempat         :         Dewan Makan /Surau /Dataran Dewan

c   Sukacita dimaklumkan bahawa semua ibubapa dijemput hadir ke Majlis Ifthor Perdana tersebut . Ibubapa digalakkan membawa/menyumbangkan juadah berbuka puasa  .

3.       Semoga mendapat kerjasama ,perhatian serta tindakan yang sewajarnya daripada  pihak tuan /puan. Sekian dan Terima kasih.



JAWATANKUASA PENGURUSAN ASRAMA MENDOAKAN AGAR SEMUA IBUBAPA , GURU SERTA ANAK ANAK ASRAMA DAPAT MENEMPUHI SERTA MENJALANI TARBIYYAH TERHEBAT DI DALAM MADRASAH RAMADHAN 1438 HIJRAH INI.

Sunday, 29 January 2017

PENGUMUMAN KHAS -MENGHANTAR PELAJAR KEMBALI KE ASRAMA PADA HARI BEKERJA (SELASA- 31 JAN 2017)

Sepertimana yang telah dimaklumkan secara rasmi , ibubapa dikehendaki menghantar pelajar kembali ke asrama pada hari Selasa (31 Januari 2017).

Berikut adalah masa yang telah ditetapkan untuk memudahkan urusan perjalanan dan memudahkan pelaksanaan peraturan di asrama pada hari tersebut memandangkan ia adalah hari bekerja bagi sesetengah ibubapa......

Sebelum 6.00 petang
-Jika pelajar kembali ke asrama sebelum 6 petang, pelajar masih boleh memasuki asrama dan meletakkan barang barang di dalam dom. Pelajar juga masih sempat makan di Dewan Makan Asrama.
-Jika ibubapa tidak bekerja.

Sebelum 7.00 malam
-Jika pelajar kembali ke asrama sebelum 7 malam, pelajar hanya dibenarkan meletakkan barang barang di Dewan Makan Asrama. Pelajar tidak lagi dibenarkan makan kerana Dewan Makan akan ditutup pada 7 malam.
-Jika ibubapa bekerja.

Sebelum 8.00 malam
-Pelajar hanya dibenarkan untuk meletakkan barang barang di Dewan Makan. Dewan Makan juga telah ditutup.
-Jika ibubapa bekerja dan jarak tempat tinggal melebihi 50 km dari Samer.
-Jika pelajar kembali ke asrama selepas 8 malam, kad pelajar akan dicop LEWAT .

SEMOGA IBUBAPA DAPAT MERANCANG PERJALANAN DENGAN BAIK KERANA JADUAL BALIK KAMPUNG TELAH DIEDARKAN PADA HARI PENDAFTARAN ASRAMA.

PELAJAR DIKEHENDAKI MEMAKAI PAKAIAN RASMI ASRAMA DAN PAKAIAN SEKOLAH (PELAJAR BARU)

JAWATANKUASA PENGURUSAN ASRAMA AMAT MEMAHAMI SITUASI YANG DIHADAPI IBUBAPA YANG BEKERJA PADA TARIKH TERSEBUT , NAMUN PERLU JUGA MENDISIPLINKAN PELAJAR AGAR MENEPATI MASA YANG TELAH DITETAPKAN SEPERTI DI ATAS. 

INSYAALLAH ....IBUBAPA PRIHATIN , ANAK ANAK BERDISIPLIN .



Ketua Warden Asrama
Sekolah Agama Menengah Rawang

Thursday, 12 January 2017

PERINGATAN PENTING PADA MINGGU BALIK KAMPUNG


1. Diwajibkan memakai pakaian rasmi asrama...  namun pelajar dibenarkan balik pakai baju sukan sekiranya ada program sukan dan lain-lain acara, namun pelajar wajib bawa balik baju rasmi asrama kerana ia akan dipakai pada hari kembali ke asrama

2. Menulis kad pergerakan pelajar asrama hijau/merah dengan butiran yang diperlukan sebelum balik dan meninggalkan kad tersebut di pondok pengawal asrama. 

3. Pelajar diminta meletakkan beg pakaian di dewan makan (ASPURA) atau mengumpulkan beg di bilik rehat (ASPURI) sebelum keluar untuk solat subuh pada hari balik kampung.

4. Kad perlu diambil semula di pondok pengawal asrama (ASPURA) dan di kantin (ASPURI) apabila kembali ke asrama. 

5. Perhimpunan asrama akan diadakan pada hari kembali ke asrama jam 6 petang di dewan. Pelajar dikehendaki berpakaian rasmi asrama lengkap semasa perhimpunan tersebut dan membawa bersama kad asrama. 

6. Pelajar yang lewat kembali ke asrama selepas 6 petang , kadnya akan dicop lewat dan akan dikenakan mata PSP. Asrama akan dikunci selepas pukul 6 petang.  

7. Selepas perhimpunan asrama, pelajar tidak akan dibenarkan masuk ke asrama. . Pelajar akan makan malam di dewan makan dan terus ke surau utk solat maghrib,isyak.

8. Pelajar akan prep dengan pakaian rasmi asrama pada hari kembali ke asrama. 

9. Pelajar hanya dibenarkan balik rumah selepas solat jumaat (ASPURA) dan 2 petang (ASPURI).



KETUA WARDEN ASRAMA

SEKOLAH AGAMA MENENGAH RAWANG

Friday, 6 January 2017

PENDAFTARAN PELAJAR RAYUAN DISIPLIN

MAKLUMAT PENDAFTARAN ASRAMA BAGI PELAJAR RAYUAN DISIPLIN

- 9 Januari (Isnin)
- Pejabat Asrama 

7.30 pg... 
-Perhimpunan Sekolah

8.00 pg.../selepas selesai perhimpunan
-Penyerahan slip gaji, surat tawaran dan surat jawapan 
rayuan. 
-Menandatangani akujanji bersama ibubapa.
-Menjelaskan yuran.
-Serahan kad asrama ,kad pelawat & surat edaran.
-Masuk barang ke dom asrama.

PELAJAR AKAN MASUK KE KELAS SEPERTI BIASA SELEPAS PENDAFTARAN ASRAMA

MAJLIS KEPIMPINAN PELAJAR ASRAMA 2017



PERATURAN KELUAR MASUK PELAJAR ASRAMA

PERATURAN AM

·      -Pelajar hanya dibenarkan keluar dengan kelulusan warden asrama dan mengikut cara yang telah ditetapkan.

·      -  Pelajar perlu keluar mengikut pintu pagar utama sekolah.

·       - Pelajar yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan ,boleh dikenakan tindakan disiplin.

PERMOHONAN BALIK BERMALAM YANG TIDAK MELIBATKAN MINGGU BALIK KAMPUNG

·  -Ibubapa dikehendaki menulis surat permohonan kepada Pengetua (u.p Ketua Warden Asrama) atau terus kepada Ketua Warden Asrama.

·     -Surat ini mesti ditandatangani ibubapa dan dihantar sendiri oleh pelajar/ibubapa atau difaks (03-60922028) atau email : asramasamer@gmail.com

·   -Surat ini mesti dihantar selewat-lewatnya pada hari Rabu (pada minggu yang pelajar memohon balik).

·      -Permohonan tidak semestinya diluluskan . Surat permohonan akan diproses pada hari Khamis dan jawapan akan diberikan secara lisan kepada pelajar.

·  - Pelajar yang mendapat kelulusan balik dikehendaki menghantar kad asrama berwarna kepada Ketua Warden untuk ditandatangani.

·     -  Pihak asrama tidak akan melayan permohonan balik bermalam sekiranya tiada disertakan surat permohonan dari ibubapa.

WAKTU LAWATAN PELAJAR ASRAMA

·      -   Setiap hari Sabtu dan Ahad
·       -  Bermula 12.00 tengahari hingga 6.00 petang

PERMOHONAN BALIK KECEMASAN

·         -Balik kecemasan bermaksud balik kerana ada kematian keluarga terhampir atau sakit tenat atau kemalangan .

·        - Ibubapa/penjaga boleh memohon terus dengan warden bertugas harian.
·         Warden bertugas akan menandatangani kad asrama berwarna.

PERMOHONAN BALIK KERANA SAKIT/DEMAM

·        - Pelajar atau warden bertugas akan menghubungi ibubapa/penjaga.
·       -  Warden bertugas akan menandatangani kad asrama berwarna.  

PAKAIAN RASMI KETIKA KELUAR MASUK ASRAMA MULAI 1 MAC 2015.

·  -Baju rasmi asrama (baju korporat –lelaki…… baju kurung –perempuan) ,berkasut dan bersetokin, berseluar SLACK KERJA BERWARNA HITAM (lelaki), TUDUNG HITAM (perempuan).

·         -Memakai pakaian seragam sekolah jika masih belum ada baju asrama.

PERATURAN MENGHANTAR ANAK KEMBALI KE ASRAMA

·     -Asrama akan dibuka mulai 12.00 tengahari .Ibubapa yang menghantar anak diharapkan tidak berhenti terlalu lama untuk mengelakkan kesesakan lalulintas di kawasan asrama.

·       -  Semua pelajar dikehendaki balik sepertimana yang telah dijadualkan.

·        - Kad asrama berwarna perlu diletakkan di pondok pengawal asrama dan mengambil semula kad berkenaan apabila pelajar kembali ke asrama sebelum 6.15 petang.

·        - Kad pelajar yang balik selepas 6.00 petang akan dicop LEWAT oleh Pengawal Asrama.

·    - Palang di kantin dan dewan makan akan ditutup pada pukul 5 petang bagi mengelakkan kesesakan lalulintas di kawasan asrama.

TEMPOH YANG DITETAPKAN UNTUK LAWATAN IBUBAPA.

·  -Ibubapa/penjaga/pelawat diharap dapat meninggalkan kawasan asrama dan sekolah sebelum 6.00 petang.

·    -Pengawal keselamatan berhak memberi ingatan dan membuat laporan terhadap pelawat yang ingkar.

KELUAR MASUK IBUBAPA/PENJAGA/PELAWAT KE KAWASAN ASRAMA

· -Ibubapa /penjaga/pelawat yang masuk ke kawasan asrama/sekolah dikehendaki menunjukkan KAD PELAWAT ASRAMA serta melaporkan diri di pondok kawalan keselamatan.

·        -KAD PELAWAT ASRAMA akan diedarkan semasa hari pendaftaran asrama.

·        -Pelawat yang gagal menunjukkan KAD PELAWAT ASRAMA tidak akan dibenarkan memasuki kawasan asrama / mengambil anak di asrama.

LARANGAN MEMASUKI ASRAMA

·         -Ibubapa/penjaga/pelawat dilarang memasuki asrama /dom kecuali dengan izin warden.
·        - Ibubapa hanya dibenarkan masuk pada tarikh yang telah ditetapkan sahaja.