Hubungi kami.......

Hubungi kami....
BLOG ASRAMA : asramasamer.blogspot.com
EMAIL ASRAMA : asramasamer@gmail.com

Wednesday, 2 January 2019

PERATURAN KELUAR MASUK PELAJAR ASRAMA


PERATURAN KELUAR MASUK ASRAMA
SEKOLAH AGAMA MENENGAH RAWANG

PERATURAN AM

·      - Pelajar hanya dibenarkan keluar dengan kelulusan warden asrama dan mengikut cara yang telah ditetapkan.
·       -Pelajar perlu keluar mengikut pintu pagar utama sekolah.
·       -Pelajar yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan ,boleh dikenakan tindakan disiplin.

PERMOHONAN BALIK BERMALAM YANG TIDAK MELIBATKAN MINGGU BALIK KAMPUNG

·      - Ibubapa dikehendaki menulis surat permohonan kepada Pengetua (u.p Ketua Warden Asrama) atau terus kepada Ketua Warden Asrama.
·      -  Surat ini mesti ditandatangani ibubapa dan dihantar sendiri oleh pelajar/ibubapa atau difaks (03-60922028) atau email : asramasamer@gmail.com
·     - Surat ini mesti dihantar selewat-lewatnya pada hari Rabu (pada minggu yang pelajar memohon balik).
·     -Permohonan tidak semestinya diluluskan . Surat permohonan akan diproses pada hari Khamis dan jawapan akan diberikan secara lisan kepada pelajar.
·     - Pelajar yang mendapat kelulusan balik dikehendaki menghantar kad asrama berwarna kepada Ketua Warden untuk ditandatangani.
·      -Pihak asrama tidak akan melayan permohonan balik bermalam sekiranya tiada disertakan surat permohonan dari ibubapa.

WAKTU LAWATAN PELAJAR ASRAMA

·         -Setiap hari Sabtu dan Ahad
·         -Bermula 12.00 tengahari hingga 6.00 petang

PERMOHONAN BALIK KECEMASAN

·        - Balik kecemasan bermaksud balik kerana ada kematian keluarga terhampir atau sakit tenat atau kemalangan .
·         -Ibubapa/penjaga boleh memohon terus dengan warden bertugas harian.
·         -Warden bertugas akan menandatangani kad asrama berwarna.

PERMOHONAN BALIK KERANA SAKIT/DEMAM

·         -Pelajar atau warden bertugas akan menghubungi ibubapa/penjaga.
·         -Warden bertugas akan menandatangani kad asrama berwarna.  

PAKAIAN RASMI KETIKA KELUAR /MASUK ASRAMA MULAI 1 MAC 2015.

·         -Baju rasmi asrama (baju korporat –lelaki…… baju kurung –perempuan) ,berkasut dan bersetokin, berseluar SLACK KERJA BERWARNA HITAM (lelaki) serta BERSONGKOK HITAM, TUDUNG HITAM (perempuan).
·         -Memakai pakaian seragam sekolah jika masih belum ada baju asrama.

PERATURAN MENGHANTAR ANAK KEMBALI KE ASRAMA

·       -  Asrama akan dibuka mulai 12.00 tengahari .Ibubapa yang menghantar anak diharapkan tidak berhenti terlalu lama untuk mengelakkan kesesakan lalulintas di kawasan asrama.
·        -Semua pelajar dikehendaki balik sepertimana yang telah dijadualkan.
·         -Kad asrama berwarna perlu diletakkan di pondok pengawal asrama dan mengambil semula kad berkenaan apabila pelajar kembali ke asrama sebelum 6.00 petang.
·        - Kad pelajar yang balik selepas 6.00 petang akan dicop LEWAT oleh Pengawal Asrama.

TEMPOH YANG DITETAPKAN UNTUK LAWATAN IBUBAPA.

·        - Ibubapa/penjaga/pelawat diharap dapat meninggalkan kawasan asrama dan sekolah sebelum 6.00 petang.
·        - Pengawal keselamatan berhak memberi ingatan dan membuat laporan terhadap pelawat yang ingkar.

KELUAR MASUK IBUBAPA/PENJAGA/PELAWAT KE KAWASAN ASRAMA

·        - Ibubapa /penjaga /pelawat yang masuk ke kawasan asrama /sekolah dikehendaki menunjukkan KAD PELAWAT ASRAMA serta melaporkan diri di pondok kawalan keselamatan.
·       -  KAD PELAWAT ASRAMA akan diedarkan semasa hari pendaftaran asrama.
·       -  Pelawat yang gagal menunjukkan KAD PELAWAT ASRAMA tidak akan dibenarkan memasuki kawasan asrama / mengambil anak di asrama.

LARANGAN MEMASUKI ASRAMA

·       -  Ibubapa/penjaga/pelawat dilarang memasuki asrama /dom kecuali dengan izin warden.
·       -  Ibubapa hanya dibenarkan masuk pada tarikh yang telah ditetapkan sahaja.



No comments:

Post a Comment