HURAIAN
LOGO DAN SLOGAN ASRAMA
SLOGAN
Bersih
bermaksud…
-Pelajar asrama sentiasa bersih hati , fikiran dan
tindakan. Menjaga kebersihan persekitaran serta tempat tinggal kerana ia
sebahagian daripada iman.
|
|
Sihat bermaksud…
-Pelajar asrama mempunyai keseimbangan kehidupan
dengan jiwa, mental dan fizikal yang sihat.
Cemerlang bermaksud…
-Pelajar
asrama cemerlang dalam 5 KPI iaitu tarbiyyah, kepimpinan, ilmu, disiplin dan
ukhwah.
|
WARNA
Hijau
-
Hijau adalah warna kegemaran Rasulullah . Kubah Masjid
Nabawi sendiri berwarna hijau. Simbol-simbol keislaman di seluruh dunia adalah
berwarna hijau. Warna hijau juga mampu menjadikan pandangan mata nyaman dan
selesa. Jelaslah bahawa warna hijau adalah warna syurga, warna yang
disukai oleh Allah .Melambangkan bahawasanya Tarbiyyah Islamiyyah
menjadi teras kepada kemenjadian pelajar asrama SAMER.
Hitam
-
Falsafah
warna hitam melambangkan sifat positif yang melatari kemenjadian pelajar Asrama
SAMER , antaranya:
1. Mencerminkan keberanian
2. Pusat perhatian .
3. Ketenangan dan dominasi.
4. Kekuatan dan keteguhan hati.
5. Lebih menyukai yang alami daripada yang palsu.
1. Mencerminkan keberanian
2. Pusat perhatian .
3. Ketenangan dan dominasi.
4. Kekuatan dan keteguhan hati.
5. Lebih menyukai yang alami daripada yang palsu.
Biru
- Warna biru
mampu memberi kesan profesional dan kepercayaan. Biru diyakini merangsang
kemampuan berkomunikasi, ekspresi artistik dan
juga sebagai simbol kekuatan. Berdasarkan ilmu psikologi , warna biru mampu
merangsang pemikiran yang jernih dan membantu menenangkan fikiran dan
meningkatkan konsentrasi. Ia menjadi lambang kepelbagaian dalam diri pelajar
asrama SAMER.
No comments:
Post a Comment