Hubungi kami.......

Hubungi kami....
BLOG ASRAMA : asramasamer.blogspot.com
EMAIL ASRAMA : asramasamer@gmail.com

Friday, 25 November 2016

SURAT TAWARAN ASRAMA SAM RAWANG 2017

Surat tawaran asrama telah diedarkan kepada pelajar pada hari Jumaat (25 November 2016). Mohon Ibubapa agar bertanya kepada pelajar berkenaan surat tersebut untuk tindakan lanjut.

Kepada

Ibu/bapa/penjaga
Pelajar Asrama Sek.Agama Men.Rawang

Tuan /Puan

TAWARAN KEMASUKAN KE ASRAMA BAGI TAHUN 2017
__________________________________________________

Merujuk kepada perkara di atas , dimaklumkan bahawa anak Tuan /Puan iaitu

: ……………………………………………………………………………………………………. Ting. …………………………

         LAYAK tinggal di asrama untuk tahun 2017.

         TIDAK LAYAK tinggal di asrama untuk tahun 2017 kerana :

              Melakukan kesalahan berat /mata disiplin PSP melebihi 50 mata / telah melanggar akujanji disiplin 2016 dan pihak sekolah berpendapat pelajar ini tidak sesuai tinggal di asrama.
        Gagal salah satu matapelajaran Bahasa Arab (Akademik/Al Azhar), ATAU gagal salah satu matapelajaran teras berikut : B.Melayu, B.Inggeris, Sains, Matematik dan Pendidikan Islam ATAU tidak mencapai sekurang kurangnya 65 peratus markah keseluruhan dalam  peperiksaan akhir tahun/percubaan (Akademik/Al Azhar) 2016 .
         Telah menandatangani akujanji akademik untuk 2016 tetapi masih gagal mencapai sekurang kurangnya 65 peratus markah keseluruhan dalam peperiksaan akhir tahun/percubaan (Akademik/Al Azhar) 2016.
           Belum menjelaskan sepenuhnya yuran -yuran asrama 2016.
Catatan :
  1. Pelajar yang layak tinggal di asrama hendaklah membawa surat tawaran ini  bersama sama semasa hari pendaftaran. Sila rujuk halaman belakang untuk maklumat pendaftaran.

Sekian untuk makluman dan tindakan pihak Tuan/Puan. Terima kasih.

Saya Yang Menurut Perintah

(HJ MOHAMAD NOOR BIN ISMAIL)

Pengetua Sek.Agama Men.Rawang

No comments:

Post a Comment