Hubungi kami.......

Hubungi kami....
BLOG ASRAMA : asramasamer.blogspot.com
EMAIL ASRAMA : asramasamer@gmail.com

Thursday, 13 December 2018

MINUS ONE dan LIRIK Lagu Asrama SAMER



SELAMAT DATANG

 DAN 

SELAMAT MENDAFTAR 

KEPADA 

PELAJAR ASRAMA TINGKATAN 1
SEKOLAH AGAMA MENENGAH RAWANG 2019


 Anda GENERASI SAMER ke 36

MAKLUMAT PENDAFTARAN ASRAMA 2019


PENDAFTARAN ASRAMA TING. 5 TAHUN 2019
Tarikh       :       31 Disember 2018 ( Isnin )
Masa         :       9.00 – 12.00 tengahari
Tempat     :       Kantin (P) & Dataran Dewan Makan (L)
Pakaian     :       Baju Rasmi Asrama

PENDAFTARAN ASRAMA TING. 2,3 dan 4 TAHUN 2019
Tarikh       :       1 Januari 2019 ( Selasa  )
Masa         :       8.00 – 11.00 pagi
Tempat     :       Kantin (P) & Dataran Dewan Makan (L)
Pakaian     :       Baju Rasmi Asrama


Keperluan yang WAJIB DIBAWA SEMASA PENDAFTARAN.

1.   Surat tawaran kemasukan tinggal di asrama 2019. Kemasukan akan ditangguhkan jika tidak disertakan dengan surat tersebut.
  
2.   Salinan slip gaji  ibu/bapa/penjaga (terkini) / surat pengesahan pendapatan bagi yang tiada slip gaji ditandatangan oleh Penghulu/ Ketua Kampung / Pengerusi Persatuan Penduduk.

3.   Pakaian yang secukupnya mengikut peraturan (terutamanya PAKAIAN SOLAT/ PREP/ SUKAN /MANDI).

4.   Cadar dan sarung bantal warna biru (lelaki) dan pink (perempuan).… Mulai 2019, selimut wajib dibeli daripada koperasi iaitu biru (lelaki) dan pink (perempuan).

5.   Sila pastikan pelajar tidak membawa barang barang larangan terutamanya telefon bimbit/alatan elektronik/elektrik . Makluman tentang perkara ini telah dimaklumkan sejak tahun 2007.


AGENDA PENDAFTARAN PELAJAR ASRAMA
1 Januari 2019 ( Selasa ) : Pendaftaran Ting. 2,3 dan 4

8.00 -11.00 pagi         :       Pendaftaran
(pelajar dikehendaki hadir mengikut masa pendaftaran yang telah ditetapkan).

11.00 pagi – 2.00 ptg  :       Makan tengahari & Solat Zohor

2.00 – 6.00 ptg           :       Gotong Royong Asrama /Solat Asar

9.00 – 10.45 mlm        :       Perhimpunan Asrama Kali Pertama
                                                & Menandatangani ikrar/akujanji


*TARIKH PENDAFTARAN ASRAMA BAGI PELAJAR YANG TIDAK DITAWARKAN ASRAMA AKAN DIMAKLUMKAN SELEPAS PERMOHONAN RAYUAN DILULUSKAN DAN SETELAH MENERIMA SURAT JAWAPAN RAYUAN.

PROSEDUR RAYUAN DAN PENGAMBILAN SURAT JAWAPAN RAYUAN BAGI KEMASUKAN KE ASRAMA 2019


1. Membuat SURAT RAYUAN RASMI kepada Pengetua Sekolah Agama Menengah Rawang.

2. Menyatakan dengan jelas mengapa rayuan perlu diterima oleh  Pengetua.

3. Surat perlu ditandatangani IBUBAPA dan mencatatkan nombor  telefon bimbit ibubapa.

4. Surat rayuan perlu dihantar ke pejabat SAMER pada atau   sebelum 30 November 2018 /JUMAAT (waktu pejabat sahaja).

5. Surat boleh dihantar sendiri atau diemailkan ke alamat......  asramasamer@gmail.com 

6. Surat yang dihantar selepas 30 NOVEMBER 2018 TIDAK AKAN DILAYAN.

7. Surat jawapan rayuan sama ada diluluskan atau tidak ,boleh  diambil di PEJABAT ASRAMA mulai
     20 Disember 2018 (waktu pejabat sahaja).

8. Pengetua berhak menerima atau menolak rayuan daripada ibubapa.

9. Sila layari asramasamer.blogspot.com untuk maklumat lanjut.



Sekian untuk makluman.

Jawatankuasa Pengurusan Asrama
Sekolah Agama Menengah Rawang

PAKAIAN YANG DIBENARKAN DI ASRAMA