Hubungi kami.......

Hubungi kami....
BLOG ASRAMA : asramasamer.blogspot.com
EMAIL ASRAMA : asramasamer@gmail.com

Wednesday, 21 December 2016

MAKLUMAN PENTING PENDAFTARAN ASRAMA 2017 BAGI PELAJAR LAMA

PELAJAR TING.5 (2017) YANG LAYAK & TING.5 (2017) RAYUAN AKADEMIK.
-Tarikh Daftar : 1 Jan 2017 (Ahad)
-Masa Daftar   : 3 - 5 ptg
-Tempat           : Dataran Dewan Makan
-Dokumen       : Surat tawaran, surat
                            jawapan rayuan, slip gaji

PELAJAR TING. 2,3,4 (2017) YANG LAYAK & TING. 2,3,4 (2017) RAYUAN AKADEMIK.
-Tarikh Daftar : 2 Jan 2017 (Isnin)
-Masa Daftar   : 9 pg - 12 tghari
-Tempat            : Garaj Kereta di Dewan
-Dokumen        : Surat tawaran, surat
                             jawapan rayuan, slip gaji

PELAJAR TING. 2,3,4,5 (2017) RAYUAN DISIPLIN.
-Tarikh Daftar : 9 Jan 2017 (Isnin)
-Masa Daftar   : 8 pg - 5 ptg
-Tempat            : Pejabat Asrama
-Dokumen        : Surat tawaran, surat
                             jawapan rayuan, slip gaji

PERINGATAN PENTING.

1. Semua pelajar perlu hadir bersama ibubapa semasa pendaftaran.

2. Semua pelajar perlu berpakaian rasmi asrama lengkap berkasut bersongkok.

3. Pelajar akan diberikan kad asrama versi baru (hijau atau merah).

4. Ibubapa akan diberikan kad pelawat sebanyak 2 keping.

5. Sediakan RM 5 utk kad asrama dan kad pelawat.

6. Ibubapa boleh mula membayar yuran asrama semasa hari pendaftaran di kaunter warden mengikut tingkatan.

7. Pelajar dikehendaki sediakan 3 keping gambar berukuran pasport semasa mendaftar utk ditampal pada kad asrama dan kad pelawat.

8. Pelajar rayuan bersama ibubapa dikehendaki menandatangani borang akujanji bersama PK HEM @Ketua Warden sblm mendaftar di kaunter warden tingkatan masing masing.

9. Lain lain maklumat pendaftaran boleh dirujuk di surat tawaran asrama 2017.


"ASRAMAKU, SYURGAKU....
Bersih.Sihat.Cemerlang."

Sunday, 4 December 2016

MAKLUMAN MENGENAI RAYUAN MASUK SEMULA KE ASRAMA BAGI PELAJAR ASRAMA 2016

-InsyaAllah surat jawapan rayuan asrama boleh diambil mulai jam Isnin (5/12) 10 pagi di pejabat Samer.

-Sekiranya surat rayuan telah dibuat tetapi ditandatangani oleh pelajar dan bukannya ibubapa, surat jawapan rayuan tidak akan dikeluarkan sehingga surat rayuan baru dibuat oleh ibubapa.

-Surat jawapan rayuan menduduki asrama bagi permohonan pelajar PLASMA hanya akan diproses selepas kemasukan tingkatan 1 selesai.

-Pelajar@ibubapa yang baru membuat surat rayuan pada atau selepas 5 disember hanya akan diproses selepas 2 minggu.

KETUA WARDEN
Asrama Samer⁠⁠⁠⁠