Hubungi kami.......

Hubungi kami....
BLOG ASRAMA : asramasamer.blogspot.com
EMAIL ASRAMA : asramasamer@gmail.com

Wednesday 2 January 2019

HURAIAN LOGO DAN SLOGAN ASRAMA










SLOGAN

Bersih bermaksud…
-Pelajar asrama sentiasa bersih hati , fikiran dan tindakan. Menjaga kebersihan persekitaran serta tempat tinggal kerana ia sebahagian daripada iman.


Sihat bermaksud…
-Pelajar asrama mempunyai keseimbangan kehidupan dengan jiwa, mental dan fizikal yang sihat.

Cemerlang bermaksud…
-Pelajar asrama cemerlang dalam 5 KPI iaitu tarbiyyah, kepimpinan, ilmu, disiplin dan ukhwah.

WARNA

Hijau
-          Hijau adalah warna kegemaran Rasulullah . Kubah Masjid Nabawi sendiri berwarna hijau. Simbol-simbol keislaman di seluruh dunia adalah berwarna hijau. Warna hijau juga mampu menjadikan pandangan mata nyaman dan selesa. Jelaslah bahawa warna hijau adalah warna syurga, warna yang disukai oleh Allah .Melambangkan bahawasanya Tarbiyyah Islamiyyah menjadi teras kepada kemenjadian pelajar asrama SAMER.

Hitam
-          Falsafah warna hitam melambangkan sifat positif yang melatari kemenjadian pelajar Asrama SAMER , antaranya:
1. Mencerminkan keberanian
2. Pusat perhatian .
3. Ketenangan dan dominasi.
4. Kekuatan dan keteguhan hati.
5. Lebih menyukai yang alami daripada yang palsu.


Biru
-  Warna biru mampu memberi kesan profesional dan kepercayaan. Biru diyakini merangsang kemampuan berkomunikasi, ekspresi artistik dan juga sebagai simbol kekuatan. Berdasarkan ilmu psikologi , warna biru mampu merangsang pemikiran yang jernih dan membantu menenangkan fikiran dan meningkatkan konsentrasi. Ia menjadi lambang kepelbagaian dalam diri pelajar asrama SAMER.



VISI ASRAMA SAMER

MENJADI ASRAMA  HARIAN TERBAIK DAN TERUNGGUL  BUKAN SAHAJA DALAM KALANGAN SABK DI NEGERI SELANGOR MALAHAN SABK DI MALAYSIA.

MISI ASRAMA SAMER

MELAHIRKAN PELAJAR ASRAMA YANG SOLEH , HARMONIS DAN SEIMBANG DARI SEGI ROHANI, INTELEK, EMOSI DAN JASMANI SECARA TERSUSUN DAN SISTEMATIK.

OBJEKTIF ASRAMA SAMER

-         MENYEDIAKAN KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN YANG BERKUALITI SERTA TERBAIK KEPADA PELAJAR ASRAMA.

-         MEMASTIKAN 100 % PENGLIBATAN PELAJAR DALAM PROGRAM TARBIYYAH, AKADEMIK DAN KOKURIKULUM SECARA HARIAN, MINGGUAN, BULANAN DAN TAHUNAN DEMI MEMASTIKAN KEMENJADIAN PELAJAR DAPAT DIREALISASIKAN.

-         MEWUJUDKAN INSTRUMEN PENILAIAN DAN DOKUMENTASI RASMI BAGI MENGUKUR PENCAPAIAN ,PERKEMBANGAN SERTA PRESTASI PARA PELAJAR DAN JAWATANKUASA PENGURUSAN ASRAMA.

-         MENARIK PENGLIBATAN DAN TANGGUNGJAWAB  BERSAMA  SEMUA GURU UNTUK TERLIBAT DALAM PROSES MENGHASILKAN KEMENJADIAN PELAJAR ASRAMA.

PERATURAN KELUAR MASUK PELAJAR ASRAMA


PERATURAN KELUAR MASUK ASRAMA
SEKOLAH AGAMA MENENGAH RAWANG

PERATURAN AM

·      - Pelajar hanya dibenarkan keluar dengan kelulusan warden asrama dan mengikut cara yang telah ditetapkan.
·       -Pelajar perlu keluar mengikut pintu pagar utama sekolah.
·       -Pelajar yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan ,boleh dikenakan tindakan disiplin.

PERMOHONAN BALIK BERMALAM YANG TIDAK MELIBATKAN MINGGU BALIK KAMPUNG

·      - Ibubapa dikehendaki menulis surat permohonan kepada Pengetua (u.p Ketua Warden Asrama) atau terus kepada Ketua Warden Asrama.
·      -  Surat ini mesti ditandatangani ibubapa dan dihantar sendiri oleh pelajar/ibubapa atau difaks (03-60922028) atau email : asramasamer@gmail.com
·     - Surat ini mesti dihantar selewat-lewatnya pada hari Rabu (pada minggu yang pelajar memohon balik).
·     -Permohonan tidak semestinya diluluskan . Surat permohonan akan diproses pada hari Khamis dan jawapan akan diberikan secara lisan kepada pelajar.
·     - Pelajar yang mendapat kelulusan balik dikehendaki menghantar kad asrama berwarna kepada Ketua Warden untuk ditandatangani.
·      -Pihak asrama tidak akan melayan permohonan balik bermalam sekiranya tiada disertakan surat permohonan dari ibubapa.

WAKTU LAWATAN PELAJAR ASRAMA

·         -Setiap hari Sabtu dan Ahad
·         -Bermula 12.00 tengahari hingga 6.00 petang

PERMOHONAN BALIK KECEMASAN

·        - Balik kecemasan bermaksud balik kerana ada kematian keluarga terhampir atau sakit tenat atau kemalangan .
·         -Ibubapa/penjaga boleh memohon terus dengan warden bertugas harian.
·         -Warden bertugas akan menandatangani kad asrama berwarna.

PERMOHONAN BALIK KERANA SAKIT/DEMAM

·         -Pelajar atau warden bertugas akan menghubungi ibubapa/penjaga.
·         -Warden bertugas akan menandatangani kad asrama berwarna.  

PAKAIAN RASMI KETIKA KELUAR /MASUK ASRAMA MULAI 1 MAC 2015.

·         -Baju rasmi asrama (baju korporat –lelaki…… baju kurung –perempuan) ,berkasut dan bersetokin, berseluar SLACK KERJA BERWARNA HITAM (lelaki) serta BERSONGKOK HITAM, TUDUNG HITAM (perempuan).
·         -Memakai pakaian seragam sekolah jika masih belum ada baju asrama.

PERATURAN MENGHANTAR ANAK KEMBALI KE ASRAMA

·       -  Asrama akan dibuka mulai 12.00 tengahari .Ibubapa yang menghantar anak diharapkan tidak berhenti terlalu lama untuk mengelakkan kesesakan lalulintas di kawasan asrama.
·        -Semua pelajar dikehendaki balik sepertimana yang telah dijadualkan.
·         -Kad asrama berwarna perlu diletakkan di pondok pengawal asrama dan mengambil semula kad berkenaan apabila pelajar kembali ke asrama sebelum 6.00 petang.
·        - Kad pelajar yang balik selepas 6.00 petang akan dicop LEWAT oleh Pengawal Asrama.

TEMPOH YANG DITETAPKAN UNTUK LAWATAN IBUBAPA.

·        - Ibubapa/penjaga/pelawat diharap dapat meninggalkan kawasan asrama dan sekolah sebelum 6.00 petang.
·        - Pengawal keselamatan berhak memberi ingatan dan membuat laporan terhadap pelawat yang ingkar.

KELUAR MASUK IBUBAPA/PENJAGA/PELAWAT KE KAWASAN ASRAMA

·        - Ibubapa /penjaga /pelawat yang masuk ke kawasan asrama /sekolah dikehendaki menunjukkan KAD PELAWAT ASRAMA serta melaporkan diri di pondok kawalan keselamatan.
·       -  KAD PELAWAT ASRAMA akan diedarkan semasa hari pendaftaran asrama.
·       -  Pelawat yang gagal menunjukkan KAD PELAWAT ASRAMA tidak akan dibenarkan memasuki kawasan asrama / mengambil anak di asrama.

LARANGAN MEMASUKI ASRAMA

·       -  Ibubapa/penjaga/pelawat dilarang memasuki asrama /dom kecuali dengan izin warden.
·       -  Ibubapa hanya dibenarkan masuk pada tarikh yang telah ditetapkan sahaja.



JADUAL BALIK BERMALAM ASRAMA SAMER 2019


JADUAL BALIK BERMALAM ASRAMA
SAMER 2019

BULAN

TARIKH
BALIK
TARIKH KEMBALI KE ASRAMA

WAKTU
PERHIMPUNAN
ASRAMA

CATATAN
JAN
-
1 Jan (Isn)
9.00 mlm
Pendaftaran
11 Jan (Jum)
13 Jan (Aha)
6.00 ptg


FEB
1 Feb (Jum)
10 Feb (Aha)
6.00 ptg
Tahun Baru Cina
22 Feb (Jum)

24 Feb (Aha)
6.00 ptg
Lawatan Asrama
MAC
8 Mac (Jum)
10 Mac (Aha)
6.00 ptg

22 Mac (Jum)
31 Mac (Aha)

6.00 ptg
Cuti  Penggal
APRIL
12 April (Jum)
14 April (Aha)
6.00 ptg

26 April (Jum)
28 April (Aha)

6.00 ptg


MEI
10 Mei (Jum)
12 Mei (Aha)
6.00 ptg
Balik Setiap Minggu Ramadhan
17 Mei (Jum)
19 Mei (Ahad)
6.00 ptg
24 Mei (Jum)

-


Cuti Aidilfitri & Cuti Penggal
JUN
-
10 Jun (Isn)
6.00 ptg
21 Jun (Jum)
23 Jun (Aha)
6.00 ptg

``
JULAI
5 Julai (Jum)
7 Julai (Aha)
6.00 ptg

26 Julai (Jum)
28 Julai (Aha)
6.00 ptg


OGOS
9 Ogos (Jum)
18 Ogos (Aha)
6.00 ptg
Aidiladha+C.Penggal 
30 Ogos (Jum)
-



SEPT
-
2 Sept (Isn)
6.00 ptg
Merdeka / M. Hijrah
13 Sept (Jum)
16 Sept (Isn)


Hari Malaysia
OKT
4 Okt (Jum)
6 Okt (Aha)
6.00 ptg

24 Okt (Kha)
29 Okt (Sel)

6.00 ptg
Deepavali
NOV
8 Nov (Jum)
10 Nov (Aha)
6.00 ptg


23 Nov (Jum)

CUTI AKHIR TAHUN